Gerai Ramadan Masjid Kampung Perpindahan Serasa Muara dirasmikan





Berita dan Foto : Ihsan Majlis Perundingan Kampung Perpindahan Serasa





 

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 19 Februari. - Sempena bulan Ramadan tahun ini, Ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK) Perpindahan Serasa menganjurkan Gerai Jualan Ramadan yang bermula pada 19 Februari 2026 bersamaan 1 Ramadan 1447 Hijrah bertempat di kawasan lapang berdekatan Masjid Kampung Perpindahan Serasa Muara.


Gerai Ramadan tersebut dirasmikan oleh Penasihat Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Perpindahan Serasa, Dato Seri Setia Haji Kasim bin Haji Lamat.


Tujuan utama Ahli Jawatankuasa MPK menganjurkan gerai jualan ini adalah memberikan kemudahan para penduduk untuk mendapatkan juadah berbuka puasa, bersahur dan juga untuk menempah kuih muih bagi persediaan Sambutan Hari Raya tahun ini.


Di samping, ia juga bagi menjana pendapatan dan perekonomian penduduk kampung yang menyertai gerai berkenaan.


Gerai ini dibukakan kepada para peniaga dan penjaja khasnya penduduk Kampung Perpindahan Serasa dan sekitarnya.


Bagi yang berminat, boleh menghubungi Pemangku Ketua Kampung Perpindahan Serasa.


Untuk penyertaan kali pertama dianjurkan, sebagai amal jariah, jawatankuasa penganjur akan menanggung semua kos perbelanjaan menyediakan kelengkapan tapak gerai berkenaan dan penyertaan adalah percuma.


Ahli Jawatankuasa MPK berharap agar Gerai Ramadan ini akan mendapat sambutan orang ramai sekali gus merasa hasil kerja tangan sendiri penduduk kampung.


Close